Friday 16 March 2018

KEMPEN SATU MURID SATU POKOK (1M1P)

     Pelancaran Kempen Satu Murid Satu Pokok (1M1P) telah diadakan pada 16 Mac 2018 (Jumaat) di kawasan Pondok Belajar SK Kambizaan, Papar. Kempen ini diselaraskan oleh Ustaz Mazzelan dan dibantu oleh Guru Besar, PK HEM, PK Kurikulum dan PK Kokurikulum. Semua guru juga turut memberi sokongan dan kerjasama bagi memastikan kempen tersebut berjalan dengan lancar dan mencapai objektif.

     Murid-murid yang terlibat dalam Kempen 1M1P tersebut terdiri daripada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 seramai 59 orang. Manakala murid-murid prasekolah juga tidak ketinggalan mengikuti kempen tersebut dibawah pemantauan guru prasekolah, En Abidin dan pembantunya Pn Hazlinah.

Acara ringkas semasa pelancaran kempen :
1.  Taklimat ringkas mengenai 1M1P daripada Penyelaras Program.
2.  Ucapan alu-aluan Guru Besar.
3.  Pembahagian botol kosong kepada murid untuk penanaman pokok/tumbuhan kecil.
3.  Edaran brosur/templat Kempen 1M1P.

Diharapkan kempen ini dapat mencapai objektif Projek SERASI sekolah dengan jayanya.


Botol-botol kosong yang akan dikitar semula untuk menanam pokok kecil. 



 Brosur/Template Kempen 1 Murid 1 Pokok

Guru prasekolah yang turut menyokong dan menyumbangkan botol kosong untuk dikitar semula. 





Taklimat oleh Guru Penyelaras Projek SERASI, Ustaz Mazzelan. 






 Murid-murid mengambil botol kosong yang disediakan.




 1 Murid 1 Botol....untuk 1 Murid 1 Pokok





 Murid-murid membaca brosur Kempen 1 Murid 1  Pokok




PK HEM membaca brosur 1 Murid 1 Pokok 




Nazatul bersama tanaman pokok Bunga Naga

0 comments:

Post a Comment