MEMBUAT BAJA KOMPOS
Aktiviti membuat baja kompos daripada rumput kering jarang dilakukan oleh individu yang ingin menyempurnakan hasil tanaman mereka dengan cepat. Namun begitu, membuat baja kompos daripada rumput kering adalah sangat berguna dilakukan dan diajar kepada murid-murid sekolah memandangkan kawasan yang mereka tinggal dikelilingi oleh rumput-rumput dan hutan hijau yang tanpa disedari mempunyai seribu macam kegunaan.
Cikgu Felix yang mengajar subjek Sains di SK Kambizaan menunjukkan beberapa orang murid cara-cara membuat baja kompos menggunakan rumput kering. Tapak membuat baja kompos tersebut terletak di atas bukit.
- Kompos adalah baja organik yang amat sesuai digunakan untuk kebun kita. Ia mampu mengembalikan kesuburan tanah yang lesu. Dan yang penting, ia organik.
Bahan:
- Bahan kering (perang) yang kaya dengan karbon. Contoh: Dedaun kering, reranting kecil, habuk kayu, cardboard (koyak/potong kecil) dan lain-lain.
- Bahan basah (hijau) yang kaya dengan nitrogen. Contoh: rumput yang dipotong, sisa tanaman, sisa sayuran, tinja ayam, tinja kambing, tinja kuda, tinja lembu, hampas teh/kopi dan lain-lain.
- Bahan tambahan seperti kulit telur, tanah bakar dan sebagainya.
- Air untuk menyiram.
- Boleh juga jika mahu tambah dengan air beras, air kelapa, ragi, larutan EM, molasses (gula merah yang dimasak dengan sedikit air)
Cara membuatnya:
- Lapiskan dan selang-selikan lapisan bahan-bahan kering dan basah di atas tanah. Jika tiada tempat atau tanah untuk meletakkan kompos, boleh juga gunakan apa-apa bekas yangg sesuai. Contohnya kotak polysterine.
- Siram dengan air pada setiap lapisan, sehingga lembab.
- Bolak-balikkan kompos selang beberapa hari sekali. Cadangan: Setiap dua hari sekali.
- Kompos biasanya akan terkompos dan siap setelah disimpan beberapa bulan atau hingga setahun.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Apakah Dia Membuat Kompos?
Membuat kompos adalah
cara semulajadi bahan organik di kitar semula. Ianya adalah proses di mana
bahan-bahan organik di reputkan oleh mikrorganisma dalam keadaan beroksigen.
Hasil daripada proses ini ialah kompos yang menguntungkan alam sekitar sebagai
baja semulajadi untuk perkebunan dan pertanian.
Faedah-faedah membuat
kompos
Membuat kompos mempunyai
banyak faedah. Di antara faedah-faedah yang penting ini ialah;
- Menuntungkan
alam semulajadi dengan mengitar semula bahan-bahan sumber organic yang
bernilai.
- Menjimatkan
wang daripada membeli baja untuk tumbuhan.
- Memainkan
peranan sebagai pendandan tanah dan menambah isipadu tanah.
- Menjimatkan
air dengan menahan kelembapan dalam tanah.
Sekiranya anda tidak
mempunyai taman atau menduduki rumah kediaman bertingkat, anda juga boleh
membuat kompos dan menggunakan untuk tumbuhan-tumbuhan di rumah atau sekolah,
memberinya kepada sahabat atau menggunakan dalam taman komuniti.
Biologi Membuat Kompos
Empat bahan yang penting
dalam membuat kompos ialah;
Bahan
Kering + Bahan Hijau + Udara + Air
- “ Bahan Kering” dan “ Bahan Hijau” adalah bahan organic yang boleh reput dan menjadikan bahan utama untuk membuat kompos.
- “ Bahan Kering” adalah bahan seperti daun kering, ranting dan kayu, serbuk kayu dan sebagainya. Bahan-bahan ini mengandungi banyak karbon.
- “ Bahan Hijau” adalah sisa bahan seperti sisa-sisa sayur, kupasan buahan, sisa makanan dan najis. “ Bahan Hijau” mengandungi banyak nitrogen.
- Kita perlu menggunakan separuh “ Bahan Hijau” dan separuh “ Bahan Kering” mengikut isipadu dalam sesuatu timbunan kompos.
Kandungan Bahan-Bahan Senang Reput.
- Sisa-sisa Dapur/ Kantin
- Sisa-sisa
buangan makanan
- Sisa-sisa
buangan buah-buahan dan sayuran, kulit, kupasan, biji, daun, akar, -batang
jagung dan sebagainya.
- Isi
perut
- Daging
dan bahan susu, kulit telur.
- Sisa-sisa Makanan yang berlebihan.
- Uncang teh, serbuk kopi.
2. Sisa-sisa Kebun
SISTEM-SISTEM MEMBUAT BAJA KOMPOS
1. Membuat kompos Menggunakan Beg Plastik.
Sediakan batas dengan menyusun bata-bata. Sediakan timbunan dengan meletakkan sisa-sisa buangan ke dalam. Gali lubang 10 inci dalam timbunan untuk mencegah perlepasan air atau air resapan (“leachate”). Ini adalah untuk mengelakan pengeluaran bau pada masa pereputan, terutamanya pada musim hujan. Masukkan sisa biodegrasi yang telah dipotong ke dalam batas. Tutup dengan tanah sekurang-kurangnya 3 inci tebal.
Sistem ini sesuai untuk sisa-sisa kebun/tanaman sahaja. Potongkan bahan yang digunakan sehingga halus jika hendak di proses pereputan dipercepatkan.
Pilih tempat yang sesuai di halaman anda.
- Potongan
Rumput
- Daun
- Rumput-rumput
- Daun
Kering
- Kayu-kayuan
( ranting & dahan )
- Jerami
- Serbuk
kayu
- Tanah
3. Surat Khabar dan Kadbod
- Tuala
tandas
- Kertas
tandas
- Kertas
tisu
- Kotak
karbon
4. Benda-benda lain
- Lampin
kanak-kanak pakaibuang ( buangkan seleput plastic dahulu )
- Tuala
Wanita ( buangkan seleput plastic dahulu )
Udara adalah
bahan yang amat penting bagi kehidupan dan pembiakan mikroorganisma pereput.
Air memberi
kelembapan kepada mikroorganisma pereput.
Apabila kita membuat
timbinan kompos, kita sebenarnya sedang membina tempat kediaman bagi
mikroorganisma ini. Rombakan kompos ini amat penting untuk memberi udara dan air
kepada mikroorganisma pereput.
Salah satu bahan yang
sering digunakan ialah tanah yang menjadi sumber mikroorganisma yang
mempercepatkan proses pereputan. Mikroorganisma pereput yang penting adalah
bacteria, kulat, cacing dan serangga. Sisa-sisa dapur atau kantin dan makanan
boleh juga digunakan sebagai bahan dalam beberapa cara membuat kompos.
Kompos yang siap berbau tanah, berwarna coklat atau hitam dan berasa relai dan sedikit lembab. Kompos akan siap lebih awal sekiranya bahan yang digunakan lebih halus.
Kompos yang siap berbau tanah, berwarna coklat atau hitam dan berasa relai dan sedikit lembab. Kompos akan siap lebih awal sekiranya bahan yang digunakan lebih halus.
Membuat kompos bagi
tujuan perkebunan organik adalah sama seperti di atas tetapi tanpa bahan-bahan
kertas ( tisu kertas, tuala kertas, lampin kanak-kanak, kadbod dan sebagainya )
oleh sebab mereka ini dirawat dengan bahan kimia dalam proses pembuatan.
SISTEM-SISTEM MEMBUAT BAJA KOMPOS
1. Membuat kompos Menggunakan Beg Plastik.
- Beg
atau karung plastic kosong
- Bahan
Kering ( daun kering, ranting, kertas dan sebagainya )
- Sisa-sisa
dapur
- Tanah
- Cangkuk
Cara
Buat lubang dalam beg plastic untuk edaran udara.
Buat lubang dalam beg plastic untuk edaran udara.
Letakkan selapis tanah ke
dalam beg plastik. Selangselikan sisa-sisa dapur dengan bahan kering
sehingga beg plastic penuh dan gunakan yang lain.
Beg-beg plastic boleh
diikat dan digantung dengan cangkuk atau ditimbun. Sila ingat, kandungan
hendaklah lembab setiap masa. Kompos boleh siap digunakan dalam 4-5 minggu.
2. Membuat Kompos Menggunakan Pasu Bunga
2. Membuat Kompos Menggunakan Pasu Bunga
- Pasu-pasu
bunga
- Sisa-sisa
dapur/kantin
- Tanah-1
pasu
- Air
- Penyodok
Cara
Letakan selapis batu
kerikel di dasar pasu bunga untuk pengedaran udara. Tambahkan selapis tanah
(lebih kurang dua inci) ke atasnya. Massukan bahan-bahan reput dan daun kering
(sekiranya ada).
Tutupkan lapisan ini
dengan selapis tanah (regangkan). Semua lubang dan celah hendaklah ditutup
dengan tanah untuk mengelakkan serangga perosak dan haiwan seperti lalat,
kucing dan anjing daripada menggali sisa-sisa makanan dalam kompos.
Isipadu tanah hendaklah
sebanding isipadu sisa-sisa buangan (lebih kurang 20% tanah). Membuat demikian
sehingga pasu bunga itu penuh. Gunakan pasu lain apabila pasu yang pertama itu
sudah penuh.
Kompos anda akan siap
dalam masa 4-5 minggu dan boleh digunakan sebagai baja untuk tumbuh-tumbuhan,
pokok-pokok dan halaman rumput.
Anda boleh menggunakan
pasu ini sekali lagi untuk mengambus sisa-sisa atau menggunakan pasu baru.
Pasu-pasu ini boleh dihimpunkan di atas pasu-pasu lain, tetapi kandungan di
dalamnya hendaklah selalu lembab.
3. Membuat kompos Secara Menara Taya
3. Membuat kompos Secara Menara Taya
- Tayar
lama
- Sisa-sisa
dapur / kantin
- Tanah
- Air
- penyodok
Cara
Buat dua atau tiga
longgok tayar lama (4-5 tayar di atas satu sama lain) untuk digunakan sebagai
bekas membuat kompos. Masukkan sesuatu ( batu, kayu dan sebagainya) di antara
tayar-tayar ini untuk pengudaraan.
Isikan tanah ke dalam
longgokan terlebih dahulu sekiranya, longgokan tayar diletak atas dasar simen.
Sebagai alternative, tong dram, bekas air tanpa bahagian bawah, ataupun karung
beras tanpa bahagian bawah ( dihujung dengan 3 batang kayu ) juga boleh
digunakan.
Gunakan cara yang sama
seperti membuat kompos menggunakan pasu bunga.
4. Membuat kompos Secara Menara Batas
4. Membuat kompos Secara Menara Batas
- Dahan
kecil atau ranting
- Bata
kosong
- Paip
berlubang kosong (plastic atau buluh)
- Sarung
guni
- Sisa-sisa
dapur
- Serbuk
kayu atau serpihan kayu
- Air
- Penyodok
Cara
Sediakan batas dengan menyusun bata-bata. Sediakan timbunan dengan meletakkan sisa-sisa buangan ke dalam. Gali lubang 10 inci dalam timbunan untuk mencegah perlepasan air atau air resapan (“leachate”). Ini adalah untuk mengelakan pengeluaran bau pada masa pereputan, terutamanya pada musim hujan. Masukkan sisa biodegrasi yang telah dipotong ke dalam batas. Tutup dengan tanah sekurang-kurangnya 3 inci tebal.
Tambahkan dengan serbuk
kayu (boleh didapati daripada kilang kayu) sekiranya terlapau basah.
Tutup dengan karung guni
yang telah dijahit. Karung-karung guni ini akan mengekalkan kepanasan untuk
menpercepatkan proses pereputan.
Masukkan paip plastic (3
inci garis tengah) atau paip buluh untuk mengeluarkan gas metana dan untuk
pengudaraan.
Tinggalkan selama 45-60
hari, kemudian punggut untuk digunakan.
5. Membuat kompos Menggunakan Karung Dawai
5. Membuat kompos Menggunakan Karung Dawai
- 10 kaki x 3 kaki dawai jarring.
- 4 ulas kawat yang senang diikat
- Sisa-sisa kebun / tanaman
- Air
- Penyodok
Cara
Sistem ini sesuai untuk sisa-sisa kebun/tanaman sahaja. Potongkan bahan yang digunakan sehingga halus jika hendak di proses pereputan dipercepatkan.
Lenturkan kawat jarring
ini menjadi bentuk selinder dan ikatkan dengan 4 kawat yang disediakan.
Untuk hasil yang
sempurna, letakkan di tempat yang dilindungi daripada angina tetapi cukup luas
untuk merombak kompos dengan senang (lebih kurang 3 kaki x 6 kaki).
Tambahkan sisa-sisa kebun
(bahan kering dan hijau) secara selangseli sehingga penuh.
Kompos boleh dirombak
dengan membuka karung dawai dan letakkannya di tepi. Kemudian masukkan kompos
semula ke dalam karung dawai.
Pastikan kompos selalu
lembap. Punggut kompos daripada bahagian bawah dan tengah timbunan selepas
12-18 bulan untuk digunakan.
6. Membuat kompos Secara Timbunan
6. Membuat kompos Secara Timbunan
- Sisa-sisa kebun
- Air
- Penyodok
Cara
Pilih tempat yang sesuai di halaman anda.
Timbunkan sisa-sisa kebun
dan menyiram seminggu sekali jika cuaca panas.
Rombakan timbunan kompos
selepas 4-5 bulan.
Kompos boleh dipunggut
selepas 11-12 bulan.
7. Membuat
kompos Menggunakan Tong Tanpa Dasar
- Tong kosong atau bekas yang
sesuai dengan penutup
- Sisa-sisa dapur/kantin atau
kebun.
- Tanah
- Air
- Penyodok
Buangkan
dasar daripada tong atau bekas yang digunakan. Gerudikan lubang-lubang untuk
pengudaraan. Terbalikkan bekas ini dan letakkannya di tempat yang bersaliran
baik. Masukkan bahan kering yang mengandungi daun kering dan sisa-sisa kebun ke
dalam beekas sehingga 7-8 inci tinggi.
8. Membuat
kompos Menggunakan Cacing (vermikompos)
Membuat vermikompos adalah proses yang menggunakan cacing untuk menghasilkan kompos daripada sisa-sisa dapur/ kantin.
Membuat vermikompos
adalah satu alternative yang baik sekiranya anda mendiami pangsapuri atau
sisa-sisa yang dijanakan kebanyakan adalah sisa-sisa makanan.
Makanan yang sesuai
sekali bagi cacing-cacing adalah makanan yang berpunca daripada tumbuhan. Ini
termasuk sisa-sisa buangan buah-buahan dan sayuran, serbuk kopi, roti, bijian,
uncang teh dan hasil-hasil kertas. Hasil haiwan seperti daging, telur, keju,
dan sebagainya tidak digalakkan dan hendaklah digunakan secara minimum untuk
mengelakkan bau busuk.
8.1 Membina
Kediaman Cacing
- Tong plastic atau “Styrofoam”
dengan penutup
- Jaring nyamuk
- Pelekat paip (duct tape)
- Surat khabar, kertas yang
dikoyakkan, atau kadbod
- Air
- Segenggam pasir atau tanah
- Gerudi elektrik dengan mata
gerudi 1 inci
- ½ - 1 kg cacing (2,000-4,000 ekor
cacing)
Cacing-cacing yang biasa
digunakan secara komersial untuk membuat vermikompos ialah Cacing Harimau
(Eiseniafoetida). Cacing Biru Malaysia (Perionyx excavatus) dan Cacing Afrika
(Eudrilus eugeniae).
8.2 Membina Tong Cacing
Gerudikan lubang-lubang di atas atau pun tepi tong. Gerudikan lubang dibahagian bawah untuk memastikan saliran “teh kompos” yang baik. “Teh kompos” ialah cecair yang kaya dengan nutrient hasil daripada proses pereputan. Pungutkan cecair ini untuk digunakan sebagai baja daun atau baja biasa.
Memotong jarring nyamuk
untuk menutup lubang-lubang di tong dan melekatnya di bahagian dalam tong. Ini
adalah untuk mencegah perosak seperti lipas, semut dan serangga lain daripada
masuk ke dalam tong.
8.3 Tapak
Cacing
Penyedian tapak cacing
adalah satu aspek yang penting dalam pemeliharaan cacing. Sediakan tapak dengan
mengoyak kertas mengikut panjang untuk menghasilkan kepingan seluas 1 inci
untuk mengisi tong sehingga 1/3 penuh.
Siram air ke atas
kepingan kertas dan kacau supaya lembap. Masukkan cacing-cacing ke atas tapak
ini.
8.4 Penjagaan
Cacing.
Penberian Makanan: 1kg
cacing boleh makan sehingga 1/2kg sisa-sisa dapur sehari. Beri makan setiap
hari, seminggu sekali atau bila perlu.
Potongkan sisa-sisa
dapur/ kantin kecil-kecil supaya cacing dapat memakannya dengan senang.
Kambus sisa-sisa di bawah sinaran matahari.
Suhu: Suhu yang sesuai
bagi cacing ialah di antara 15-26˚C (60-80˚F). Letakan tong di tempat teduh dan
bukan di bawah sinaran matahari.
Kelembapan:
Pastikan kelembapan yang cukup apabila menambah sisa-sisa dapur. Sekiranya
terlampau basah tambahkan kertas. Jika terlampau kering, siramkan dengan air.
Cacing-cacing gemarkan air.
Kegelapan: Selalu
tutup tong cacing. Cacing-cacing tidak suka kepada cahaya dan penutup ini juga
dapat mengelakkan lalat.
8.5 Punggutan
Hasil
Selepas 2-3 bulan, cacing
akan memakan kertas-kertas dan sisa-sisa makanan tersebut dan menghasilkan
kompos yang kaya dan berwarna hitam. Ada dua cara untuk memungut hasil ini;
- Menolak kompos ke sebelah tong dan
isikn bahagian yang kosong dengan kertas lembap. Masukkan sisa-sisa
makanan ke dalam tapak kertas ini. Cacing-cacing akan meninggalkan kompos
yang jadi dan berhijrah kearah makanan baru. Kompos yang siap boleh
dipunggut.
- Untuk memunggut cacing dan kompos.
Tuangkan tong ke atas sekeping plastik. Biarkan cacing-cacing ini berundur
daripada cahaya ke bahagian tengah timbunan dan memungut kompos di
bahagian luar. Ulangkan prosedur ini sehingga kompos habis dipunggut dan
hanya cacing-cacing yang tinggal.
0 comments:
Post a Comment