MIISO TOKOU GUMAMPOT KOBONTUGAN

BERSAMA KITA MERAIH KECEMERLANGAN

KENANGAN MENGUSIK JIWA

SEBAHAGIAN GURU DAN IBU BAPA YANG TERLIBAT

AIR PANCUR KOLAM IKAN TILAPIA

SUARA gemercik air yang dihasilkan air pancur mampu menghilangkan kepenatan, menenangkan hati serta fikiran. Elemen ini juga dapat menambah kesegaran taman khususnya pada mata yang memandang.

DARI ATAS BUKIT.....

Sentiasa dalam ingatan....

BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT

Tiada kejayaan tanpa usaha. Tiada kemajuan tanpa dorongan

1 Murid 1 Pokok 1 Impian

"Bumi yang tiada rimba, Seumpama hamba, Dia dicemar manusia, Yang jahil ketawa" (Zainal Abidin, HIJAU)

PINTU MASUK DAN LALUAN PEJALAN KAKI

Selamat Datang ke SK Kambizaan. Kami sambut anda dengan senyuman dan kehijauan

Showing posts with label RUJUKAN. Show all posts
Showing posts with label RUJUKAN. Show all posts

Tuesday, 20 March 2018

JENIS-JENIS BUNGA DAN POKOK SEKITAR SEKOLAH

SK Kambizaan ke arah sekolah HIJAU. Kita boleh melihat pelbagai jenis bunga dan pokok ditanam termasuk di kawasan kaki bukit.

                            Nama Tempatan  :  Bunga Raya
                            Nama Saintifik     :  Hibicus Rosa Sinesis
                            Asal                      :  Asia Tenggara







                            Nama Tempatan  :  Bunga Janda Kaya Merah Mudah
                            Nama Saintifik     :  Mussaenda Phillioica Queen Sirikit
                            Asal                      :  Asia Tenggara





                            Nama Tempatan  :  Pokok Lidah Jin@Lidah Mertua
                            Nama Saintifik     :  Sansevieria
                            Asal                      :  Benua Afrika

                            Nama Tempatan  :  Aglonema
                            Nama Saintifik     :  Aglaonema spp
                            Asal                      :  Asia


                            Nama Tempatan  :  Daun Ungu@Daun Wungu
                            Nama Saintifik     :  Graptopphyllum Pictum
                            Asal                      :  Polinesia / Papua New Guinea

                            Nama Tempatan  :  Daun Kadaka@Paku Sarang Burung
                            Nama Saintifik     :  Asplenium Nidus
                            Asal                      :  Asia

                            Nama Tempatan  :  Lili Paris
                            Nama Saintifik     :  Chlorophytum Comosum
                            Asal                      :  Afrika Selatan

                            Nama Tempatan  :  Serai
                            Nama Saintifik     :  Cymbopogon
                            Asal                      :  Sri Lanka

                            Nama Tempatan  :  Nenas/Nanas
                            Nama Saintifik     :  Ananas Comosus
                            Asal                      :  Brazil







Saturday, 17 March 2018

NAMA-NAMA BUNGA



Philodendron






philodendron pernellgerver.com
philodendron pernellgerver.com

Philodendron merupakan sejenis tumbuhan dari suku Araceae, yang memiliki beragam spesies. Namanya berasal dari bahasa Yunani, yaitu dari kata philo (“cinta”) dan dendron (“pohon”). Karena keindahan bentuk dan warna-warni daunnya, Philodendron banyak disenangi untuk tanaman penghias ruangan atau taman.
Philodendron merupakan tumbuhan yang banyak dijumpai di hutan tropis seperti di Indonesia. Umumnya tumbuh di tempat-tempat yang lembap, di rawa, di tepi sungai, maupun di pinggir jalan. Banyak anggotanya yang hidup merambat di tumbuhan lain dengan bantuan akarnya.


Sirih Gading






blog.umy.ac.id
blog.umy.ac.id

Tanaman Sirih Gading atau yang memiliki nama ilmiah Araceaemerupakan salah satu tanaman yang biasa digunakan sebagai penghias ruangan dan halaman rumah.
Tumbuhan ini memiliki ciri daunnya memiliki warna kuning cerah atau kuning pucat, apabila merambat di batang pohon, maka dia akan memiliki daun yang besar dan lebar, sehingga menutupi batang pohon yang dia rambati, namu jika ditanam di media pot maka dia akan memiliki daun yang kecil.
Sirih Gading memiliki keunikan lainnya, yaitu jika pangkal batangnya dicelupkan ke air, maka potongan cabangnya akan memiliki hidup yang lama.
Sirih gading merupakan salah satu tanaman yang mampu bertahan hidup dengan baik jika diletakan pada media air putih.
Tanaman ini biasa digunakan sebagai dekorasi dan hiasan dalam berbagai acara, seperti pernikahan, reuni, perpisahan, maupun wisuda.

Lili Paris






lili paris
tukangtamankaryaalam.blogspot.com

Lili paris merupakan nama dari tanaman hias yang berjenis semak biasa digunakan sebagai material pembuatan taman dan dalam pengggunaanya sebagai tanaman semak, baik untuk tujuan border maupun listing.
Tanaman tersebut sebenarnya sangat mudah untuk dirawat, dan mempunyai nilai artistik sangat menarik, sehingga banyak sekali digunakan oleh para desainer taman ataupun tukang kebun dalam pembuatan taman.

Lidah Buaya (Aloe vera)






blog-netizen.com
blog-netizen.com

Tanaman yang sering digunakan sebagai penyembuh luka, penyubur rambut dan sekarang ini mulai dikembangkan sebagai bahan farmasi, industri kosmetik serta mananan-minuman kesehatan ini ternyata juga memiliki kemampuan sebagai penyerap polutan. Lidah buaya terbukti mampu menetralisir formaldehida (formalin, racun benzena serta berbagai macam bahan kimia lainnya.

Spider Plant (Chlorophytum comosum)






gemsandstems.ecrater.com
gemsandstems.ecrater.com

Tanaman hias yang berasal dari Afrika yang kini tersebar diseluruh penjuru dunia ini memiliki ketinggian yang mencapai 60 cm. Tanaman hias ini terbukti mampu menyerap benzena, karbon monoksida, formaldehida, xilena, bahan kimia industri karet serta percetakan.

Lidah mertua (Sansevieria trifasciata)






hgtv.com
hgtv.com

Tanaman yang satu ini namanya cukup gokil. Meskipun begitu, tanaman ini merupakan salah tanaman hias yang mampu menetralisir berbagai macam racun yang ada di udara. Diantaranya adalah nikotin, karbonmonoksida, formaldehide, trichloroethylene, benzene hingga dioksin. Dan bahkan, hanya dengan lima helai daun ‘lidah mertua’ dewasa mampu menyerap dan membersihkan racun ruangan seluas 100 m3.

Tuesday, 13 March 2018

BAJA KOMPOS


MEMBUAT BAJA KOMPOS

Aktiviti membuat baja kompos daripada rumput kering jarang dilakukan oleh individu yang ingin menyempurnakan hasil tanaman mereka dengan cepat. Namun begitu, membuat baja kompos daripada rumput kering adalah sangat berguna dilakukan dan diajar kepada murid-murid sekolah memandangkan kawasan yang mereka tinggal dikelilingi oleh rumput-rumput dan hutan hijau yang tanpa disedari mempunyai seribu macam kegunaan.

Cikgu Felix yang mengajar subjek Sains di SK Kambizaan menunjukkan beberapa orang murid cara-cara membuat baja kompos menggunakan rumput kering. Tapak membuat baja kompos tersebut terletak di atas bukit. 


  1. Kompos adalah baja organik yang amat sesuai digunakan untuk kebun kita. Ia mampu mengembalikan kesuburan tanah yang lesu. Dan yang penting, ia organik.



Bahan:
  1. Bahan kering (perang) yang kaya dengan karbon. Contoh: Dedaun kering, reranting kecil, habuk kayu, cardboard (koyak/potong kecil) dan lain-lain.
  2. Bahan basah (hijau) yang kaya dengan nitrogen. Contoh: rumput yang dipotong, sisa tanaman, sisa sayuran, tinja ayam, tinja kambing, tinja kuda, tinja lembu, hampas teh/kopi dan lain-lain.
  3. Bahan tambahan seperti kulit telur, tanah bakar dan sebagainya.
  4. Air untuk menyiram.
  5. Boleh juga jika mahu tambah dengan air beras, air kelapa, ragi, larutan EM, molasses (gula merah yang dimasak dengan sedikit air)
          nota: Jika tiada bahan no 5, memadai dengan air sahaja…





Cara membuatnya:
  1. Lapiskan dan selang-selikan lapisan bahan-bahan kering dan basah di atas tanah. Jika tiada tempat atau tanah untuk meletakkan kompos, boleh juga gunakan apa-apa bekas yangg sesuai. Contohnya kotak polysterine.
  2. Siram dengan air pada setiap lapisan, sehingga lembab.
  3. Bolak-balikkan kompos selang beberapa hari sekali. Cadangan: Setiap dua hari sekali.
  4. Kompos biasanya akan terkompos dan siap setelah disimpan beberapa bulan atau hingga setahun.





MAKLUMAT TAMBAHAN

Apakah Dia Membuat Kompos?
Membuat kompos adalah cara semulajadi bahan organik di kitar semula. Ianya adalah proses di mana bahan-bahan organik di reputkan oleh mikrorganisma dalam keadaan beroksigen. Hasil daripada proses ini ialah kompos yang menguntungkan alam sekitar sebagai baja semulajadi untuk perkebunan dan pertanian.

Faedah-faedah membuat kompos
Membuat kompos mempunyai banyak faedah. Di antara faedah-faedah yang penting ini ialah;
  • Menuntungkan alam semulajadi dengan mengitar semula bahan-bahan sumber organic yang bernilai.
  • Menjimatkan wang daripada membeli baja untuk tumbuhan.
  • Memainkan peranan sebagai pendandan tanah dan menambah isipadu tanah.
  • Menjimatkan air dengan menahan kelembapan dalam tanah.
Sekiranya anda tidak mempunyai taman atau menduduki rumah kediaman bertingkat, anda juga boleh membuat kompos dan menggunakan untuk tumbuhan-tumbuhan di rumah atau sekolah, memberinya kepada sahabat atau menggunakan dalam taman komuniti.

Biologi Membuat Kompos
Empat bahan yang penting dalam membuat kompos ialah;
                
Bahan Kering + Bahan Hijau + Udara + Air 



  1. “ Bahan Kering” dan “ Bahan Hijau”  adalah bahan organic yang boleh reput dan menjadikan bahan utama untuk membuat kompos.
  2. “ Bahan Kering” adalah bahan seperti daun kering, ranting dan kayu, serbuk kayu dan sebagainya. Bahan-bahan ini mengandungi banyak karbon.
  3. “ Bahan Hijau”  adalah sisa bahan seperti sisa-sisa sayur, kupasan buahan, sisa makanan dan najis. “ Bahan Hijau”   mengandungi banyak nitrogen.
  4. Kita perlu menggunakan separuh “ Bahan Hijau”  dan separuh “ Bahan Kering” mengikut isipadu dalam sesuatu timbunan kompos.

Kandungan Bahan-Bahan Senang Reput.   


  1. Sisa-sisa Dapur/ Kantin
  • Sisa-sisa buangan makanan
  • Sisa-sisa buangan buah-buahan dan sayuran, kulit, kupasan, biji, daun, akar, -batang jagung dan sebagainya.
  • Isi perut
  • Daging dan bahan susu, kulit telur.
  • Sisa-sisa Makanan yang berlebihan.
  • Uncang teh, serbuk kopi.

      2. Sisa-sisa Kebun
  • Potongan Rumput
  • Daun
  • Rumput-rumput
  • Daun Kering
  • Kayu-kayuan ( ranting & dahan )
  • Jerami
  • Serbuk kayu
  • Tanah
     3. Surat Khabar dan Kadbod
  • Tuala tandas
  • Kertas tandas
  • Kertas tisu
  • Kotak karbon

     4. Benda-benda lain
  • Lampin kanak-kanak pakaibuang ( buangkan seleput plastic dahulu )
  • Tuala Wanita  ( buangkan seleput plastic dahulu )

Udara adalah bahan yang amat penting bagi kehidupan dan pembiakan mikroorganisma pereput.
Air memberi kelembapan kepada mikroorganisma pereput.
Apabila kita membuat timbinan kompos, kita sebenarnya sedang membina tempat kediaman bagi mikroorganisma ini. Rombakan kompos ini amat penting untuk memberi udara dan air kepada mikroorganisma pereput.
Salah satu bahan yang sering digunakan ialah tanah yang menjadi sumber mikroorganisma yang mempercepatkan proses pereputan. Mikroorganisma pereput yang penting adalah bacteria, kulat, cacing dan serangga. Sisa-sisa dapur atau kantin dan makanan boleh juga digunakan sebagai bahan dalam beberapa cara membuat kompos.
Kompos yang siap berbau tanah, berwarna coklat atau hitam dan berasa relai dan sedikit lembab. Kompos akan siap lebih awal sekiranya bahan yang digunakan lebih halus.
Membuat kompos bagi tujuan perkebunan organik adalah sama seperti di atas tetapi tanpa bahan-bahan kertas ( tisu kertas, tuala kertas, lampin kanak-kanak, kadbod dan sebagainya ) oleh sebab mereka ini  dirawat dengan bahan kimia dalam proses pembuatan.


SISTEM-SISTEM MEMBUAT BAJA KOMPOS


1.   Membuat kompos  Menggunakan Beg Plastik.
  • Beg atau karung plastic kosong
  • Bahan Kering ( daun kering, ranting, kertas dan sebagainya )
  • Sisa-sisa dapur
  • Tanah
  • Cangkuk
Cara
Buat lubang dalam beg plastic untuk edaran udara.
Letakkan selapis tanah ke dalam beg plastik.  Selangselikan sisa-sisa dapur dengan bahan kering sehingga beg plastic penuh dan gunakan yang lain.
Beg-beg plastic boleh diikat dan digantung dengan cangkuk atau ditimbun. Sila ingat, kandungan hendaklah lembab setiap masa. Kompos boleh siap digunakan dalam 4-5 minggu.


2.   Membuat Kompos Menggunakan Pasu Bunga
  • Pasu-pasu bunga
  • Sisa-sisa dapur/kantin
  • Tanah-1 pasu
  • Air
  • Penyodok
Cara
Letakan selapis batu kerikel di dasar pasu bunga untuk pengedaran udara. Tambahkan selapis tanah (lebih kurang dua inci) ke atasnya. Massukan bahan-bahan reput dan daun kering (sekiranya ada).
Tutupkan lapisan ini dengan selapis tanah (regangkan). Semua lubang dan celah hendaklah ditutup dengan tanah untuk mengelakkan serangga perosak dan haiwan seperti lalat, kucing dan anjing daripada menggali sisa-sisa makanan dalam kompos.
Isipadu tanah hendaklah sebanding isipadu sisa-sisa buangan (lebih kurang 20% tanah). Membuat demikian sehingga pasu bunga itu penuh. Gunakan pasu lain apabila pasu yang pertama itu sudah penuh.
Kompos anda akan siap dalam masa 4-5 minggu dan boleh digunakan sebagai baja untuk tumbuh-tumbuhan, pokok-pokok dan halaman rumput.
Anda boleh menggunakan pasu ini sekali lagi untuk mengambus sisa-sisa atau menggunakan pasu baru. Pasu-pasu ini boleh dihimpunkan di atas pasu-pasu lain, tetapi kandungan di dalamnya hendaklah selalu lembab.

3.   Membuat kompos Secara Menara Taya
  • Tayar lama
  • Sisa-sisa dapur / kantin
  • Tanah
  • Air
  • penyodok
Cara
Buat dua atau tiga longgok tayar lama (4-5 tayar di atas satu sama lain) untuk digunakan sebagai bekas membuat kompos. Masukkan sesuatu ( batu, kayu dan sebagainya) di antara tayar-tayar ini untuk pengudaraan.
Isikan tanah ke dalam longgokan terlebih dahulu sekiranya, longgokan tayar diletak atas dasar simen. Sebagai alternative, tong dram, bekas air tanpa bahagian bawah, ataupun karung beras tanpa bahagian bawah ( dihujung dengan 3 batang kayu ) juga boleh digunakan.
Gunakan cara yang sama seperti membuat kompos menggunakan pasu bunga.

4.   Membuat kompos Secara Menara Batas
  • Dahan kecil atau ranting
  • Bata kosong
  • Paip berlubang kosong (plastic atau buluh)
  • Sarung guni
  • Sisa-sisa dapur
  • Serbuk kayu atau serpihan kayu
  • Air
  • Penyodok
Cara

Sediakan batas dengan menyusun bata-bata. Sediakan timbunan dengan meletakkan sisa-sisa buangan ke dalam. Gali lubang 10 inci dalam timbunan untuk mencegah perlepasan air atau air resapan (“leachate”). Ini adalah untuk mengelakan pengeluaran bau pada masa pereputan, terutamanya pada musim hujan. Masukkan sisa biodegrasi yang telah dipotong ke dalam batas. Tutup dengan tanah sekurang-kurangnya 3 inci tebal.
Tambahkan dengan serbuk kayu (boleh didapati daripada kilang kayu) sekiranya terlapau basah.
Tutup dengan karung guni yang telah dijahit. Karung-karung guni ini akan mengekalkan kepanasan untuk menpercepatkan proses pereputan.
Masukkan paip plastic (3 inci garis tengah) atau paip buluh untuk mengeluarkan gas metana dan untuk pengudaraan.
Tinggalkan selama 45-60 hari, kemudian punggut untuk digunakan.


5.   Membuat kompos Menggunakan Karung Dawai
  • 10 kaki x 3 kaki dawai jarring.
  • 4 ulas kawat yang senang diikat
  • Sisa-sisa kebun / tanaman
  • Air
  • Penyodok
Cara

Sistem ini sesuai untuk sisa-sisa kebun/tanaman sahaja. Potongkan bahan yang digunakan sehingga halus jika hendak di proses pereputan dipercepatkan.
Lenturkan kawat jarring ini menjadi bentuk selinder dan ikatkan dengan 4 kawat yang disediakan.
Untuk hasil yang sempurna, letakkan di tempat yang dilindungi daripada angina tetapi cukup luas untuk merombak kompos dengan senang (lebih kurang 3 kaki x 6 kaki).
Tambahkan sisa-sisa kebun (bahan kering dan hijau) secara selangseli sehingga penuh.
Kompos boleh dirombak dengan membuka karung dawai dan letakkannya di tepi. Kemudian masukkan kompos semula ke dalam karung dawai.
Pastikan kompos selalu lembap. Punggut kompos daripada bahagian bawah dan tengah timbunan selepas 12-18 bulan untuk digunakan.


6.  Membuat kompos Secara Timbunan
  • Sisa-sisa kebun
  • Air
  • Penyodok
Cara

Pilih tempat yang sesuai di halaman anda.
Timbunkan sisa-sisa kebun dan menyiram seminggu sekali jika cuaca panas.
Rombakan timbunan kompos selepas 4-5 bulan.
Kompos boleh dipunggut selepas 11-12 bulan.

7.  Membuat kompos Menggunakan Tong Tanpa Dasar
  • Tong kosong atau bekas yang sesuai dengan penutup
  • Sisa-sisa dapur/kantin atau kebun.
  • Tanah
  • Air
  • Penyodok
Cara
Buangkan dasar daripada tong atau bekas yang digunakan. Gerudikan lubang-lubang untuk pengudaraan. Terbalikkan bekas ini dan letakkannya di tempat yang bersaliran baik. Masukkan bahan kering yang mengandungi daun kering dan sisa-sisa kebun ke dalam beekas sehingga 7-8 inci tinggi.


8.   Membuat kompos Menggunakan Cacing (vermikompos)

Membuat vermikompos adalah proses yang menggunakan cacing untuk menghasilkan kompos daripada sisa-sisa dapur/ kantin.
Membuat vermikompos adalah satu alternative yang baik sekiranya anda mendiami pangsapuri atau sisa-sisa yang dijanakan kebanyakan adalah sisa-sisa makanan.
Makanan yang sesuai sekali bagi cacing-cacing adalah makanan yang berpunca daripada tumbuhan. Ini termasuk sisa-sisa buangan buah-buahan dan sayuran, serbuk kopi, roti, bijian, uncang teh dan hasil-hasil kertas. Hasil haiwan seperti daging, telur, keju, dan sebagainya tidak digalakkan dan hendaklah digunakan secara minimum untuk mengelakkan bau busuk.

8.1  Membina Kediaman Cacing
  • Tong plastic atau “Styrofoam” dengan penutup
  • Jaring nyamuk
  • Pelekat paip (duct tape)
  • Surat khabar, kertas yang dikoyakkan, atau kadbod
  • Air
  • Segenggam pasir atau tanah
  • Gerudi elektrik dengan mata gerudi 1 inci
  • ½ - 1 kg cacing (2,000-4,000 ekor cacing)
Cacing-cacing yang biasa digunakan secara komersial untuk membuat vermikompos ialah Cacing Harimau (Eiseniafoetida). Cacing Biru Malaysia (Perionyx excavatus) dan Cacing Afrika (Eudrilus eugeniae).

8.2  Membina Tong Cacing


Gerudikan lubang-lubang di atas atau pun tepi tong. Gerudikan lubang dibahagian bawah untuk memastikan saliran “teh  kompos” yang baik. “Teh  kompos” ialah cecair yang kaya dengan nutrient hasil daripada proses pereputan. Pungutkan cecair ini untuk digunakan sebagai baja daun atau baja biasa.
Memotong jarring nyamuk untuk menutup lubang-lubang di tong dan melekatnya di bahagian dalam tong. Ini adalah untuk mencegah perosak seperti lipas, semut dan serangga lain daripada masuk ke dalam tong.

8.3  Tapak Cacing
Penyedian tapak cacing adalah satu aspek yang penting dalam pemeliharaan cacing. Sediakan tapak dengan mengoyak kertas mengikut panjang untuk menghasilkan kepingan seluas 1 inci untuk mengisi tong sehingga 1/3 penuh.
Siram air ke atas kepingan kertas dan kacau supaya lembap. Masukkan cacing-cacing ke atas tapak ini.

8.4  Penjagaan Cacing.
Penberian Makanan: 1kg cacing boleh makan sehingga 1/2kg sisa-sisa dapur sehari. Beri makan setiap hari, seminggu sekali atau bila perlu.
Potongkan sisa-sisa dapur/ kantin  kecil-kecil supaya cacing dapat memakannya dengan senang. Kambus sisa-sisa di bawah sinaran matahari.
Suhu: Suhu yang sesuai bagi cacing ialah di antara 15-26˚C (60-80˚F). Letakan tong di tempat teduh dan bukan di bawah sinaran matahari.
Kelembapan:  Pastikan kelembapan yang cukup apabila menambah sisa-sisa dapur. Sekiranya terlampau basah tambahkan kertas. Jika terlampau kering, siramkan dengan air. Cacing-cacing gemarkan air.
Kegelapan:  Selalu tutup tong cacing. Cacing-cacing tidak suka kepada cahaya dan penutup ini juga dapat mengelakkan lalat.

8.5   Punggutan Hasil
Selepas 2-3 bulan, cacing akan memakan kertas-kertas dan sisa-sisa makanan tersebut dan menghasilkan kompos yang kaya dan berwarna hitam. Ada dua cara untuk memungut hasil ini;
  1. Menolak kompos ke sebelah tong dan isikn bahagian yang kosong dengan kertas lembap. Masukkan sisa-sisa makanan ke dalam tapak kertas ini. Cacing-cacing akan meninggalkan kompos yang jadi dan berhijrah kearah makanan baru. Kompos yang siap boleh dipunggut.
  2. Untuk memunggut cacing dan kompos. Tuangkan tong ke atas sekeping plastik. Biarkan cacing-cacing ini berundur daripada cahaya ke bahagian tengah timbunan dan memungut kompos di bahagian luar. Ulangkan prosedur ini sehingga kompos habis dipunggut dan hanya cacing-cacing yang tinggal.