Tarikh : 28 Mac 2018
Hari : Rabu
Masa : 12:40 tengah hari – 2:10 petang
Tempat : Kelas 2 Amanah SK Kambizaan, Papar
Mesyuarat kali kedua ini diadakan bersama Unit PIBG SK Kambizaan untuk menerangkan lebih lanjut Projek SERASI khususnya kepada ibubapa (AJK). Selain itu, mesyuarat tersebut juga membincangkan tentang pembahagian kawasan serasi mengikut kumpulan dan cadangan projek yang perlu dilaksanakan oleh ahli-ahli. Semoga projek ini mendapat perhatian dan kerjasama padu daripada semua AJK untuk merealisasikan impian melestarikan penghijauan sekolah.